En. Zulkefli Nawawi Note by: En. Zulkefli Nawawi


Aktifkan Kad SIM Anda

TERIMA KASIH kerana mendapatkan sim TONEWOW daripada saya dan mendaftar dibawah rangkaian saya.

.

Setelah anda menerima SIM ditangan anda, pastikan anda tahu jenis pelan pemasaran sim tersebut, sama-ada TONEWOW EXCEL atau TONEWOW PLUS. Sila rujuk kepada saya jika anda tidak pasti. Kemudian ikuti langkah yang diberikan dibawah :

.

Langkah demi langkah

Langkah 1

  • Klik DAFTAR SEKARANG di bawah untuk memuat-turun Aplikasi WOWDaftar bagi tujuan pengaktifan simkad.
  • DAFTAR SEKARANG - TONEWOW EXCEL

  • DAFTAR SEKARANG - TONEWOW PLUS

  • Jika Maklumat Penaja tidak dipaparkan, buka semula aplikasi dan klik PENDAFTARAN BARU
  • Pilih SCAN QR dan scan QR dibawah :

  • Tonton sehingga selesai video yang disediakan sebelum Pendaftaran, kemudian klik butang TERUSKAN.

Langkah 2

  • Pilih YA kerana anda telah memiliki simkad, jika belum sila buat belian simkad di kedai shopee saya.

Langkah 3

  • Klik SCAN BARCODE SIM dan scan kod bar yang ada di belakang sim. Jika tidak berjaya, anda boleh klik MASUKKAN SIM SERIAL SECARA MANUAL. (rujuk panduan maklumat pada gambar dibawah)

  1. SIM Prefix - 9 angka pertama pada kod bar
  2. SIM Serial Number - 11 angka terakhir pada kod bar
  3. PUK Number - 8 angka di penjuru kanan bawah

Langkah 4

  • Jika anda ingin Kekal Nombor Lama, klik YA atau pilih TIDAK, PILIH NOMBOR BARU. Isi maklumat yang diperlukan untuk mengekalkan nombor lama atau mengambil nombor baru, kemudian klik butang TERUSKAN

Langkah 5

  • Pilih sama-ada anda menggunakan MyKad, Passport atau ID Tentera, kemudian klik butang AMBIL GAMBAR ID dan swafoto klik butang TERUSKAN

Langkah 6

  • Semak maklumat Peribadi anda yang dipaparkan, isi emel anda, pilih bangsa dan scroll hingga ke bawah. Tick setiap kotak yang ada, seterusnya klik butang TERUSKAN

.

TAHNIAH... PROSES PENDAFTARAN ANDA BERJAYA

.

Syarat Kekalkan Nombor Lama

  1. Pastikan nombor anda aktif. Bagi prabayar, pastikan nombor dan kredit anda aktif
  2. Jelaskan sebarang tunggakan bil dan kontrak yang sedang berjalan dengan penyedia perkhidmatan semasa anda.
  3. Pastikan nombor tersebut didaftarkan di bawah ID anda dan bukannya talian sub atau kontrak

Proses MNP (Reply SMS)

  1. Pihak telco lama akan menghantar SMS pengesahan untuk PortOut. Anda perlu reply SMS pengesahan tersebut.
  2. Jika selepas 60 minit, masih belum terima SMS pengesahan, sila hantar SMS secara manual mengikut format di dalam rajah.

.

USSD

  • Menu USSD : Dail * 128#
  • Baki Kredit : Dail * 126#

Published with b.my